Om KUASA TUHAN(Malay Edition)
Kerana saya sendiri telah mengalami keseronokan dan kegembiraan bebas daripada penyakit dan keperitan tujuh tahun yang melanda diri saya, dan untuk menjadi hamba berkuasa yang menyerupai Tuhan, saya berpuasa dan berdoa selama beberapa hari setelah saya ditauliahkan menjadi hamba Tuhan. Yesus memberitahu kita di dalam Markus 9:23, "'Jika engkau dapat?' Tidak ada yang mustahil bagi orang yang percaya." Saya juga percaya dan berdoa kerana saya berpegang teguh kepada janji Yesus, "Sesungguhnya barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan melakukan juga pekerjaan-pekerjaan yang Aku lakukan, bahkan pekerjaan-pekerjaan yang lebih besar dari pada itu. Sebab Aku pergi kepada Bapa" (Yohanes 14:12). Disebabkan itu, sepanjang Perjumpaan Kebangkitan tahunan, Tuhan telah menunjukkan kita tanda-tanda menakjubkan dan keajaiban yang memberikan kita penyembuhan dan jawapan yang tidak terkira. Tambahan pula, sewaktu minggu kedua Perjumpaan Kebangkitan tahun 2003, Tuhan menumpukan manifestasi kuasaNya ke atas mereka yang buta, tidak dapat berjalan, tidak boleh mendengar dan bercakap.
Visa mer